Wednesday, April 8, 2009

Siapa Yang Sangka....


Aku mengenalinya…seorang tokoh berbakat besar dalam dunia sastera….
Pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu
UPM, Serdang
Professor Madya Dr Lim Swee Tin

Pengalaman sendiri bersama beliau…
Waktu itu aku baru menjejaki kaki di UPM,Serdang…
Masa tu baru semester pertama…ada satu subjek wajib di jabatan yang perlu diambil oleh setiap pelajar fakulti…

HARI (1) :
Aku melangkah masuk…masih awal lagi…ada 5 minit sebelum kuliah pertama bermula…

Kedengaran derap kasut dikuar bilik…semakin menghampir…aku mempersiap diri. Buku nota dan pensip siap siaga di atas meja..

Pintu ditolak perlahan…terukir senyuman manis seorang manusia. Mengucap selamat kepada pelajar yang ada…

Sekali imbas beliau kelihatan seperti cina, tapi bahasa melayunya cukup mantap…malah ada sedikit slanga Kelantan. Aku jadi bingung…sewaktu mengisi jadual pendaftaran subjek, pensyarah Penglahiran Bakat dan Karya Kreatif merupakan Dr. Lim Swee Tin. Tetapi aku sedikit musykil…adakah tersilap masuk kelas??, tapi semua teman seangkatan berada di kelas tersebut.
Sesi pembelajaran bermula, namun lebih bersifat pengenalan. Hal ini memandangkan baru hari pertama kuliah dalam minggu pertama semester baru. Dia petah berkata-kata. Bijak menyusun kata. Menambat hati pelajar yang ada. Semakin rancak dia memperkenalkan tentang subjek yang diajar. Tiada sepatah pun perkataan yang pelat sebutannya. Aku semakin risau. Aku teliti colar baju mahupun kocek bajunya. Tiada tag nama.
“ Janganlah salah kelas…” gumamku perlahan.
“ Fakulti menawarkan subjek Penglahiran Bakat dan Karya Kreatif bagi menglahirkan pelajar yang berbakat dan kreatif dalam menghasilkan sebarang bentuk penulisan sama ada sajak, puisi, novel, mahupun cerpen”

Memang aku tak salah kelas, dialah Doktor Lim Swee Tin, pensyarah Penglahiran Bakat dan Karya Kreatif. Beliau sangat fasih berbahasa melayu. Malah tidak segan menasihati anak melayu. Aku melihat seorang yang berkaliber di depan mata. Mempunyai tarikan, dengan personaliti yang cukup meyakinkan. Biarpun dihadapannya adalah anak melayu, beliau tetap yakin dengan dirinya sendiri melahirkan pandapat tentang segala jenis karya sastera melayu moden mahupun tradisional. Aku terpempan. Pemikran beliau berbeda. Ramai mayarakat melayu sudah lupa sastera melayu kita. Sedangkan yang moden semakin terpinggir. Inikan pula yang sudah lama (tradisional).
Mulutnya lancar menutur pelbagai jenis karya sastera melayu. Dari gurindam, pergi ke syair, malah syair bertukar ke pantun…kacang baginya selagi erti menghargai itu ada.

“ Biar betik…semua dia master…” aku semakin kagum.

Beliau berbangsa cina, mengetahui segala macam karya sastera melayu. Aku disini mahu menyatakan kekaguman yang terlalu…………..untuk beliau yang kini sudah bergelar Profesor Madya Dr.Lim Swee Tin.

Prof Madya Dr. Lim Swee Tin


BIOGRAFI

LIM SWEE TIN lahir di Bachok, Kelantan pada 26 September 1952 dan membesar di kalangan masyarakat Melayu. Dengan itu, tidak menghairankan jika beliau dan keluarganya amat fasih berbahasa Melayu. Dengan kefasihan bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu mendorong beliau menulis dan mencipta karya terutama puisi dalam bahasa ini.
Ternyata, usahanya berhasil sehingga beliau dikenali sebagai penulis bukan Melayu yang cukup menonjol dan mendapat tempat di akhbar dan majalah, malah sering pula memenangi hadiah-hadiah penulisan.

Lim Swee Tin sebenarnya berdarah campuran. Bapanya, Lim Swee Poh, suku Hokkien berasal dari Chou An, Fujien, China, manakala ibunya Khe Utt Eh Di berketurunan Thai yang sudah menetap sejak beberapa generasi di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok, kemudian apabila keluarganya berpindah ke Machang, Kelantan, Lim Swee Tin belajar pula di Sekolah Kebangsaan Machang, sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan, dan Sekolah Menengah Hamzah, Machang, Kelantan sehingga Tingkatan Lima. Beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1969, dengan mendapat Pangkat Satu. Lim Swee Tin kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Walau bagaimanapun, disebabkan kesempitan kewangan, beliau memohon bertukar ke Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Beliau hanya sempat beberapa bulan sahaja di sekolah ini kerana terpaksa berhenti disebabkan masalah yang sama.

Lim Swee Tin menjawat jawatan Guru Sandaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Pek, Machang selama setahun setengah sehingga beliau ditawarkan ke Maktab Perguruan Persekutuan, Bukit Gelugur, Pulau Pinang mulai tahun 1972 dengan mengambil kursus Pengajian Bahasa Melayu dan Matematik Moden. Beliau lulus pada tahun 1973, dan mula bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan sehingga tahun 1978. Lim Swee Tin kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Hamzah, alma matternya sehingga tahun 1988. Pada tahun 1988, Lim Swee Tin mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang kemudian dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mengambil kursus Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama, dan minor Kesusasteraan Melayu. Lim Swee Tin memperoleh ijazah Bacelor Pendidikan pada tahun 1992. Lim Swee Tin ditugaskan berkhidmat di Sekolah Tinggi Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan, kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, juga di Negeri Sembilan sehingga tahun 1996. Mulai tahun 1997, Lim Swee Tin meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana, dan memperoleh M.A-nya pada tahun 1999.

Lim Swee Tin mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika itu, beliau sudah mula belajar mencoret-coretpantun dan syair. Walau bagaimanapun, cubaan beliau menghasilkan sajak tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan sehinggalah tahun 1968 dan 1969 apabila beliau berada di sekolah menengah. Di sekolah menengah, Lim Swee Tin mengambil mata pelajaran kesusasteraan Melayu. Antara teks kajian pada masa itu ialah antologi Gelombang (Usman Awang) dan Nyanyi Sunyi (Amir Hamzah). Melalui kajian keatas kedua-dua teks puisi ini, Lim Swee Tin beroleh keyakinan untuk menghasilkan sajak-sajak. Salah sebuah karyanya yang paling awal dan sempurna dihasilkan berjudul ‘Terima Kasih’. Sajak yang dicatatkan pada kulit novel Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) ini walau bagaimanapun tidak dapat dikesan lagi.

Bermula dari ini, Lim Swee Tin mula berkarya dengan bersungguh-sungguh. Semasa di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Lim Swee Tin secara kebetulan dilantik sebagai Sidang Editor jurnal Persatuan Bahasa Melayu, Kredit Gelugur. Kesempatan ini digunakan beliau untuk menyiarkan beberapa buah sajaknya sendiri. Karya-karya inilah kemudiannya memberinya keyakinan untuk mengirim sejumlah sembilan buah sajak ke Mingguan Malaysia pada tahun 1973. Salah sebuah sajak beliau ‘Seorang Anak Kecil’ termuat pada 14 Oktober 1973. Sebuah lagi tersiar pula dalam Utusan Zaman kira-kira sebulan kemudian. Tersiarnya karya-karya ini sudah cukup memberinya keyakinan dan kekuatan untuk terus menapak di persada kesusasteraan Melayu, khususnya di pertengahan dekad 1970-an. Semasa di maktab ini juga, Lim Swee Tin berpeluang membaca banyak buku kesusasteraan pelbagai genre terutamanya dari Indonesia selain jurnal Dewan Sastera (yang mula diterbitkan 15 Januari 1971). Lim Swee Tin pengunjung setia perpustakaan di maktabnya, dan pembaca Dewan Sastera yang cukup tekun. Menurut Lim Swee Tin, pembacaan buku-buku dalam bahasa Indonesia memberinya kekuatan dari segi penguasaan bahasa yang amat besar.

Perkara lain yang mendorong Lim Swee Tin terus mencipta karya ialah faktor alam sekitar seperti penghidupannya yang dikelilingi cara hidup dan budaya masyarakat Melayu, khususnya di Kelantan. Alam semula jadi di Kuala Krai, Kelantan dan berbagai-bagai cabang kesenian rakyat yang digemarinya(secara kebetulan keluarga Lim Swee Tin sebelah ibunya merupakan penggiat Menora dan wayang gedek sejak turun temurun ). Tugasnya sebagai guru bahasa Melayu di sekolah turut mendekatkan beliau dengan pembacaan yang berterusan dan beliau terus menghasilkan karya-karya kreatif.

Bakat Lim Swee Tin lebih terserlah dalam genre sajak walaupun beliau turut menghasilkan cerpen dan esei kesusasteraan. Berkat usaha gigihnya, Panel Hadiah Sastera 1976 berpendapat bahawa Lim Swee Tin telah menunjukkan harapan besar sebagai penulis bukan Melayu dalam perkembangan sastera nasional kerana beliau bukan sahaja telah dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik tetapi telah berjaya mengangkat bahasa itu menjadi bahasa puisi. Karya-karyanya sudah mendapat tempat di Berita Minggu, Jurnal PERISA, Jurnal Malay Literature, Utusan Zaman, Mingguan Timur,Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Sastera dan puluhan media penyiaran tanah air. Selain itu, puisi-puisinya diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Cina dan Thai.

Karya Lim Swee Tin yang pertama tersiar di media , sebuah cerpen berjudul ‘Malam Pertama’ tersiar dalam Majalah Jejaka tahun 1971. Tetapi, Lim Swee Tin merasakan jiwa dan bakatnya lebih terjurus ke arah genre sajak. Bagi Lim Swee Tin, genre ini boleh menjadi alat komunikasi, iaitu apabila sesebuah karya dihasilkan, pengalaman dan pemikiran penulis dapat dikongsi dan dihayati bersama-sama khalayak.

Berasaskan pegangan inilah Lim Swee Tin begitu serius dalam mencipta sajak dan keseriusannya tidak sia-sia. Setakat ini, Lim Swee Tin telah memenangi sejumlah 20 hadiah penulisan. Antaranya, Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA 111 dan V1 pada tahun 1982 dan 1985 melalui cerpen-cerpen berjudul ‘Tapah’ dan ‘Gok’. Beliau memenangi Hadiah Penghargaan Anugerah Puisiputra 11 pada tahun 1983 melalui antologi ‘Akrab’ yang memuatkan 50 buah puisi. Lim juga beberapa kali memenangi Hadiah Sastera Utusan – Publik Bank (1986, 1989, 1990, 1992, 1994, 1999), Hadiah Sastera Malaysia 1982-83 melalui sajak ‘Berjalan-jalan Di Sini’, 1986-87 melalui sajak ‘Sejarah’, dan 1988-89 melalui sajak ‘Sewaktu Melintasi Kundasang’. Beliau memenangi Hadiah Cerpen Maybank – DBP ke-111 melalui cerpen ‘Cahaya Lain Di Wajah’ dan ke-IV melalui cerpen ‘Setelah Kabus Dini Hari’. Pada tahun 1990, Lim Swee Tin memenangi Hadiah Kedua Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi sempena 100 Tahun Kuala Lumpur melalui naskah puisi ‘Kuala Lumpur : Kota Sarang Labah-Labah’. Beliau juga memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO – GAPENA tahun 1989, Hadiah Puisi Bosnia – PENA, Berita Harian, Utusan melayu pada tahun 1994, dan Formula Malaysia kategori cerpen, 2000, melalui cerpen ‘dR’.

Lim Swee Tin berumahtangga pada tahun 1977. Isteri beliau, Selina S.F. Lee, seorang guru juga merupakan penyair dan cerpenis yang kerap menyumbangkan karya-karya di media-media tanah air. Mereka kini dikurniai tiga orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan.
Lim Swee Tin pernah aktif dalam Persatuan Penulis-Penulis Kelantan (PPK). Selepas PPK menjadi tuan rumah Hari Puisi Nasional di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1981, Lim Swee Tin mengambil alih jawatan Setiausaha 1 selama tiga penggal berturut-turut. Sepanjang memegang jawatan tersebut, Lim Swee Tin banyak memainkan peranan mengendalikan bengkel dan mengadakan pelbagai rancangan pembangunan untuk melahirkan penulis-penulis pelapis di negeri kelahirannya itu.

Pada tahun 1990, Lim Swee Tin terpilih mewakili negara dalam acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur, acara dwitahunan yang menghimpunkan penyair-penyair terkemuka dunia. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau untuk Program Penataran Karya Sastera selama 26 hari di Indonesia. Antara aktiviti beliau ialah menemui pengarang-pengarang ternama mutakhir Indonesia selain berdiskusi dengan tokoh-tokoh bahasa dan kesusasteraan Indonesia. Beliau juga berkesempatan mengikuti HISKI 111 di Malang, Indonesia.
Pada tahun 1994 – 1997 Lim Swee Tin merupakan Pengelola Ruangan Sastera dan Budaya akhbar Mingguan Watan. Selain itu, Lim Swee Tin kerap diundang membentangkan kertas kerja. Antaranya sempena Bulan Bahasa Melayu Singapura 1996, 1997,1998 dan 1999, Hari Sastera Malaysia, Hari Puisi Nasional dan Pertemuan Sasterawan Nusantara X/Perhimpunan Sasterawan Malaysia 1 di Johor Bahru, 1999 di samping mengelolakan majlis-majlis kesusasteraan serta acara-acara baca puisi ; antaranya pada Kongres Bahasa Melayu Sedunia 1995, dan lain-lain lagi. Beliau mengendalikan Minggu Penulis Remaja (Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah) dari tahun 1996 hingga 1999, yang banyak membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai penulis tanah air. Lim Swee Tin juga Pengadil GAPENA bagi acara Sayembara Puisi Kebangsaan dari tahun 1995 hingga sekarang.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan, Lim Swee Tin telah menerbitkan sejumlah sepuluh buah antologi puisi persendirian, empat daripadanya merupakan puisi remaja, lima buah novel remaja, lima buah buku kreatif umum, dan lebih enam puluh buah antologi bersama. Beliau juga menyelenggarakan sebuah antologi puisi penulis bukan Melayu.

Kejayaan cemerlang Lim Swee Tin dalam bidang penulisannya juga membawanya ke simposium The Search for a New World Culture for the 21st Century : Asian Literary Perspective di Washington D.C, Amerika Syarikat, dan bersempena dengan Persidangan ASEM ke-2 di London April tahun 1998, Lim Swee Tin diundang mewakili Malaysia pada acara Baca Puisi Four Leading Poets from South East Asia bertempat di Royal Festival Hall, London di samping penyair dari Indonesia, Thailand dan Filipina.

Sekarang Lim Swee Tin sedang menyiapkan tesis pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Putra Malaysia.
NOVEL YANG MENARIK PERHATIAN BELIAU DAN DIJADIKAN PENDORONG MENGHASILKAN KARYA SENDIRI

“ Patah Sayap Terbang Jua” oleh A.Samad Ismail

“Ranjau Sepanjang Jalan” oleh Sahnon Ammad

“Belenggu” – novel dari Indonesia

“Salah Asuhan” – novel dari Indonesia

“Siti Norbaya” – novel dari Indonesia

“Grota Azura” – novel dari Indonesia

Penulis Novel Berbakat Besar


NOVEL DAN PROFESOR MADYA DR.LIM SWEE TIN.

1. Sekitar tahun 80-an beliau telah menulis novel remaja yang telah disiarkan secara bersiri di akhbar dan majalah.


2. Sekitar tahun 90-an, novel remaja semakin diperlukan, dan lebih bersifat serius. Beliau telah menulis sebuah novel bertajuk “Selendang Anum” yang bersifat idealisme dan mengisukan tentang perpaduan kaum.



3. Tahun 1994, beliau sekali lagi menghasilkan sebuah novel remaja bertajuk “Menguak Tabir Musim” yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Novel ini menceritakan perpaduan kaum antara orang cina dan orang melayu serta permasalah orang Siam di Kelantan.


4. Tahun 1997, beliau menghasilkan pula novel bertajuk “Potret Untuk Nabila”. Dalam novel ini beliau masih mengisukan tentang persahabatan di antara kaum. Beliau juga menekankan perpaduan di antara kaum boleh dicapai sekiranya mengurangkan syak wasangka tetapi mestilah bersikap ikhlas sesama manusia.


5. Pada tahun yang sama, 1997 beliau menghasilkan juga novel bertajuk “Tragedi Dayang Sari” yang telah diadaptasi dan dimodenkan daripada cerita “Tasik Dayang Bunting”.


6. Beliau turut menulis novel berjudul “Seresah Ombak” yang mengupas masalah remaja. Novel ini berlatar belakangkan masyarakat melayu.


7.Beliau turut menulis novel serius berudul yang mengisahkan tentan sebuah komputer buatan Malaysia sebanyak 40 muka surat.

Hasil Kerja Keras Prof Madya Dr.Lim Swee Tin


Buku yang pernah diterbitkan oleh Dr Lim Swee Tin


1. Kumpulan Sajak ‘Akrab’, DBP, 1985

2. Kumpulan Sajak ‘Menyusur Musim’, DBP, 1990

3. Kumpulan Sajak ‘Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain

4. A Child and Other Poems’, MASA Ent., 1993

5. Kumpulan Esei ‘Sketsa,’ DBP,1996

6. Kumpulan Sajak ‘Sebuah Fragmen Cinta’, DBP, 1998,2000

7. Antologi Sajak ‘Nota Waktu,’ Citra Publishing, 2000

8. Kumpulan Esei ‘Berkelana di Belantara Kata,’ Pustaka Nusa, 2002

9. Kumpulan Sajak ‘Citra Kurnia’, Pustaka Nusa, 2003,2004


10. Kumpulan Sajak ‘Memetik Mawar (Remaja)’, Citra KurniaEnt.,2003,2005

11. Kumpulan Sajak ‘Sukma Cemara,’ Citra Kurnia Ent.,2006


12. Kumpulan Puisi 'Mencari Indah'Citra Kurnia,2009

Petikan daripada Cerpen bertajuk "Tapah" oleh Prof.Madya Dr.Lim Swee Tin

TAPAH


Usin dengan tenang duduk di banir medang itu. Dia akan terus menanti. Dia akan terus menunggu. Dia akan tetap menanti dan menunggu dengan sabar. Malam ini sudah masuk malam ke tiga dia duduk di situ. Malam ketiga dia duduk di banir medang sebesar satu pemeluk itu.
Malam itu sangat gelap. Seperti juga dua malam yang lepas, di langit bertaburan bintang. Kawasan sekeliling dirasakan sunyi dan sepi. Hanya sesekali kedengaran suara pungguk membelah keheningan malam. Suara itu sempat juga mencuri mesuk ke telinga Usin.
Usin masih terpaku di situ. Tetapi setiap detik dan setiap saat matanya tidak lepas dari permukaan lubuk dihadapannya. Permukaan lubuk yang sejak dia tiba tadi tenang, terus tenang, setenang Usin yang tetap sabar menanti.
Lubuk itu sebenarnya tidaklah sedalam mana, kira-kira sepelunjur orang dewasa sahaja. Itu semua sudah masuk dalam pemikiran Usin. Dia akan mengharung dulu anak sungai itu dari tebing. Luasnya pula kira-kira dua depa sahaja. airnya pula hanya separas lutut. Arusnya tidak deras. Tetapi kalau perlu dia akan berpegang kepada dahan yang merentang separuh lebar anak sungai, dahan sering digunakan kanak-kanak ketika mandi di situ. Mereka akan bergayut di dahan itu sebelum terjun ke air.
Usin segera terbayangkan Lamin!
Mengingatkan itu, Usin semakin tabah dan yakin menanti. Dia akan tetap menanti walaupun empat puluh malam. Malah, mungkin lebih daripada itu. Dia akan tetap menunggu sehingga semua perhitungan selesai dilaksanakan. Tekadnya telah kejap dan bulat.
Kemudian, Usin bangun berdiri. Rasa geram dan marahnya seolah-olah menyuruh dia bangun berdiri. Rasa geram dan marah dalam hatinya membuat dia tak sedap duduk.
Matanya terus meninjau-ninjau ke permukaan lubuk yang masih tenang dan diam itu. Belum ada sebarang riak yang dapat dilihatnya dalam kepekatan malam. Namun, itu tidak sedikitpun melemahkan semangat Usin. Dia telah bertekad. Dia tidak akan undur walaupun selangkah dari tekadnya itu.
Angin malam berhembus perlahan. Tenang sahaja setenang permukaan lubuk itu. Tetapi, riak di dalam hati Usin telah mula kuat menampar-nampar dinding hatinya. Kedinginan itu mula dirasakannya. Kedinginan itu mula menyucuk-nyucuk kulitnya.
Tetapi itu sedikit pun tidak melemahkan semangatnya. Usin telah bertekad. Sesunggunhnya sehingga subuh nanti dan babak penantian ini akan bersambung pula pada malam seterusnya.
“ Sial! Pengecut!mengapakah mendiamkan diri? Mengapakah mendiamkan diri? Mengapakah ghaib dan hilang menjelang siang? Kau takut? Kau takut? Mengapa dulu waktu siang pun kau berani menyerang? Hah!”

# Petikan daripada cerpen berjudul “Tapah” karya Prof.Madya Dr.Lim Swee Tin.

"Monolog Kecil Seniman Bangsa"- mengenang Allahyarham Sudirman Haji Arshad

MONOLOG KECIL SENIMAN BANGSA
Dia seniman rakyat
menggilap bakat dan kreativiti dalam lagu
siapa tak mesra "Basikal Tua" nya
"Balik Kampung" di setiap musim perayaan
meruntun jiwa kita lewat " Merisik Khabar"
dan "Salam Terakhirnya"
Sudirman melihat citra seni
dari ruang tafsiran lain langkaui garis sempadan
dianyamnya estetika, cinta, dan patriotisme
puluhan ribu menunggunya di Jalan Chow Kit
di Landon dijulangnya nama negara
sebagai "Penghibur Terbaik Asia"
Suka duka perjalanan anak seni ini
terpintal rapi dalam lirik dan nyanyian
Sudir, hadirmu begitu sebentar, sementara pergimu
seperti tergesa
ketika bangsa tercari-cari seniman sejati
kau tinggalkan kami gemilang namamu indah dan abadi
LIM SWEE TIN
(Daripada kumpulan Citra Kurnia, Penerbitan Pustaka Nusa Sdn. Bhd, Kajang, 2003)

" Kuala Lumpur" oleh Prof Madya Dr.Lim Swee Tin

KUALA LUMPUR
Jangan marahkan Kuala Lumpur
kalau kau tiba-tiba jadi terasing
orang-orang dengan arusnya cepat
tak menegur
mereka mempunyai urusan
dan hidup di sini harus pantas
Sesekali harus kau telan sahaja
kesepian yang menakutkan itu
orang-orang jarang melemparkan senyum
atau bertanyakan khabar
mereka mengejari haluan
dan waktu di sini lebih tinggi nilainya
Jangan marahkan Kuala Lumpur
kerana ianya kelihatan kurang ajar
angkuh dan sombong
atas nama sebuah kota ia begitulah
yang perlahan-lahan akan mendidikmu
jadi berani, yakin serta bijaksana
mengisi jadual hidup
Berikanlah ia sedikit maaf dan kesempatan
ia sedang diam-diam menyesuaikan dirinya
LIM SWEE TIN
(Daripada kumpulan Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain, Massa Enterprise, 1993)

"Gonggong" oleh Prof Madya Dr.Lim Swee Tin


GONGGONG


Bijak benar mereka memperdaya

secebis kapur dan sebilah lidi itu

dengan mudah terjaring engkau

ke dalam perangkap


Ah, segalanya berlaku di luar duga

engkau pun tak sempat sebenarnya

menangkap apa-apa isyarat


Ruang kecilmu itu barangkali

terlalu gelap bagimu

engkau harus keluar sesekali

belajar mengenal alam

dan permainan manusia

di sini.


LIM SWEE TIN

(Daripada kumpulan Menyusur Musim, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991)

"Ketika Kami Bercerita Tentangnya" oleh Prof.Madya Dr.Lim Swee Tin


KETIKA KAMI BERCERITA TENTANGNYA


Ketika kami bercerita tentangnya

bapa sedang tidur

aku cukup kenal

pada lelap matanya

tikar mengkuang lusuh itu

barangkali, tambah melenakan bapa


Tadi

lama sekali bapa menemani kami

mengisi malam-malam seperti selalunya

duduk mengelilingi pelita minyak tanah

yang kecil itu

semacam pahit dan getir pengalamannya

begitu akrab pula

dengan kami semua


Tidak pernah kami menyoal

mengapa demikian

laut sejarahnya

kerana

seperti juga di hutan kehidupan ini

kami sedia memaklumi

akan ketentuan

yang harus digenggam


Asap pelita berkepul

sesekali meliuk digerak angin

ketika kami bercerita

tentang bapa

aku cukup faham

pada sebuah doa yang selalu disebutnya:

Semoga ombak masa laluku

bukan gelombang masa depanmu


LIM SWEE TIN

( Daripada kumpulan Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain, Massa Enterprise,1993)


Ketika dan Kalimat

Tajuk : Ketika dan Kalimat


Kursus Bahasa Dalam Multimedia (BBM3410) merupakan kursus yang mendatangkan banyak kebaikan kepada para pelajar. Bidang ini menawarkan pelajar untuk mempelajari perkara-perkara berkaitan multimedia seperti membuat e-majalah, papan cerita, persembahan multimedia, blog, dan website. Penerangan yang berkaitan dengan penggunaan grafik, memberi pengetahuan baru kepada pelajar. Kursus ini menjadikan pelajar sastera dan bahasa tidak ketinggalan untuk mengetahui ilmu yang melibatkan multimedia dan teknologi maklumat. Jadi, bidang bahasa yang dipelajari dapat diaplikasikan di dalam sub-topik yang diajar. Biarpun kursus ini dinamakan multimedia, tetapi penekanan dan kepentingan bahasa dititikberatkan sekaligus menunjukkan kepentingan bahasa dalam pembuatan multimedia. Bahasa nampak berperanan sebagai alat penyampaian maklumat dan arahan di dalam pembuatan multimedia ini. Susunan pembelajaran yang sistematik dan cara penyampaian sangat memberangsangkan fikiran.
Di awal pembelajaran Bahasa Dalam Multimedia ini, pelajar telah didedahkan dengan asas-asas grafik. Asas-asas grafik amat penting bagi menghasilkan seni grafik yang mampu menarik pembaca khususnya majalah, blog mahupun web. Terdapat lima asas grafik yang perlu ada dalam pembikinan grafik. Perkara ini perlu diketahui oleh mereka yang mahukan majalah, blog, dan web yang baik serta cantik.
Mengambil gambar merupakan kegemaran ramai. Namun, begitu tidak ramai yang mengetahui teknik memperolehi gambar yang cantik. Dalam hal ini, di awal pembelajaran BBM3410, pensyarah telah menekankan aspek yang perlu dititikberatkan bagi memperolehi gambar yang cantik. Gambar boleh menggambarkan beribu-ribu penjelasan. Hal ini kerana gambar yang diambil kebiasaannya digunakan untuk menyampaikan mesej kepada orang yang melihat gambar tersebut. Jika dilihat di dalam majalah-majalah hari ini, perkara yang dititikberatkan oleh penerbit sebelum majalah dipasarkan ialah memastikan kualiti penghasilan majalah tersebut. Majalah banyak mempromosikan produk dengan mengkhususkan beberapa ruang untuk pengiklanan. Misalnya, iklan pakaian, buku, alat elektrik dan sebagainya. Jadi, mereka menggunakan teknik grafik agar penonjolan itu jelas. Gambar yang berkualiti hendaklah seimbang dari segi warna dan kedudukan objek di dalamnya. Penggunaan warna yang sesuai menumbuhkan minat kepada pembaca. Sesuatu yang terang kebiasaannya menjadi tarikan berbanding sesuatu yang malap yang memerlukan pemerhatian yang lebih teliti. Begitu juga dengan gambar. Gambar yang jelas tidak memerlukan pembaca meneliti gambar tersebut sehingga terpaksa menekupkan muka ke helaian iklan. Mustahil. Dengan penjelasan oleh pensyarah mengenai kepentingan teknik yang betul dalam mengmbil gambar, pelajar mendapat input baru bagi memperolehi gambar yang menarik.
Pensyarah telah memberikan aktiviti yang baik kepada pelajar dengan mengadakan aktiviti yang berjaya menggerakkan diri pelajar untuk mengaplikasikan pengajaran beliau. Biarpun sedikit tekanan diberikan, namun hasilnya telah memberikan pengalaman yang baik kepada pelajar. Misalnya, pelajar mula didedahkan dengan alat-alat penting dalam menghasilkan sesebuah grafik. Setelah diberikan pendedahan tentang lima asas grafik oleh pensyarah, pelajar dikehendaki mengenalpasti beberapa iklan di dalam majalah yang mengandungi lima asas tersebut. Hasilnya jika dahulu pelajar hanya melihat gambar iklan dan memberi komen ianya sesuatu yang cantik tetapi kini perkataan “cantik” tersebut dapat diperincikan lagi.
Walau bagaimanapun, kesemua kerja yang diberikan hendaklah disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Hal ini memberi sedikit tekanan kepada pelajar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Namun, akhirnya tekanan itu mengajar pelajar untuk menjadi bijak dalam membahagikan kerja memandangkan kesemua aktiviti bergerak melalui kumpulan. Biarpun kerja pertama hanyalah mengenalpasti gambar yang mengandungi lima asas grafik, memotongnya dengan teliti dan kemudian ditampalkan ke atas kadbod yang bersaiz A4 nampak mudah, tetapi kerja tersebut sebebenarnya sedikit rumit. Jika dahulu menampal ataupun mengegam kertas umpama mengunyah kacang namun kelas ini telah membuatkan proses tersebut tidak semudah yang disangkakan.
Perkara yang dilakukan ialah menampal atau mengegam kertas yang nipis di atas kadbod yang sama saiz tanpa menimbulkan gelembung udara meruapakan perkara kecil yang ternyata rumit. Keadaan kelas yang sedikit sempit dengan ruang yang terhad menjadikan pergerakan sedikit terbatas. Hal ini membuatkan pelajar tergesa-gesa menyiapkan tugasan yang diberi. Perkara ini mengajar pelajar untuk menyiapkan tugasan tepat pada masanya dengan hasil yang berkualiti biarpun mempunyai banyak halangan. Pengajarannya, biarpun perkara tersebut nampak mudah, tetapi perlu dititikberatkan supaya siap dengan keadaan yang baik dan teratur.
Selain itu, pembelajaran dalam kelas multimedia ini menuntut pelajar supaya peka dengan keadaan sekeliling dan mempunyai ilmu di dada. Pengetahuan yang banyak akan membantu dalam menghasilkan maklumat yang baik. Terdapat aktiviti yang menuntut pengetahuan pelajar dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan multimedia . Misalnya tugasan menghasilkan karangan sebanyak lapan muka surat yang menuntut pelajar untuk menulis artikel panjang berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh pensyarah. Biarpun tugasan ini melibatkan kumpulan, namun pelajar tidak dibenarkan merujuk internet, buku mahupun alat bantuan lain. Tajuk seperti “Pengaruh imej kartun dalam pembentukan minda kreatif dan inovatif” misalnya, menuntut pengetahuan tentang animasi dan pengaruh yang di bawa oleh sesuatu imej kartun. Tekanan yang timbul adalah disebabkan kekurangan maklumat tentang tajuk tersebut dan kekangan masa.
Kerja dalam tekanan sememangnya rumit, ditambah lagi dengan maklumat yang sedikit telah merencatkan penulisan. Alat bantu menulis iaitu “laptop” yang hanya sebuah menjadikan kerja bertambah rumit iaitu ahli kumpulan terpaksa menunggu giliran untuk menaip. Masa yang terhad menimbulkan kerisaaun sehingga keadaan menjadi tegang. Namun, idea tetap juga diperah memandangkan ahli kumpulan mempunyai pendapat masing-masing. Hasilnya, kerja beramai-ramai atau berkumpulan sebenarnya menghasilkan idea yang lebih banyak dan bernas. Kerja yang diagihkan-agihkan menyebabkan masa dapat dijimatkan. Pembahagian tugas di dalam kumpulan, mengajar setiap orang bertolak ansur dan bertanggungjawab dengan tugas yang diterima. Ada ahli kumpulan yang membuat draf, meberikan idea, mengolah ayat, membincangkan isi, menaip, malah sehingga tugasan mengedit juga diwujudkan. Oleh itu, pelajar telah belajar bersikap lebih professional dengan mengawal emosi yang sememangnya tertekan. Kerjasama dan tolak ansur yang dipraktikkan menjadikan tugasan tersebut mudah dah dapat dihantar dengan kriteria yang lengkap. Pensayarah menggalakkan pelajar untuk menghantar tugasan menerusi email. Penghantaran tugasan melalui email ini mengajak pelajar menggunakan teknologi yang ada yang lebih mudah dan cepat. Namun begitu, sehebat manapun teknologi tersebut, tetapi masih terdapat sedikit masalah apabila email tersebut gagal dihantar. Mungkin disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat diatasi. Namun atas nama tanggungjawab, tugasan tersebut dihantar juga. Walaubagaimanapun hal ini menuntut kesabaran yang tinggi. Kelas ini mengajar sesuatu yang baru sepanjang menjadi pelajar di UPM.
Sesuatu yang mengecewakan ialah apabila karangan pertama cuma menghasilkan empat muka surat sahaja kerana masa yang ditetapkan telah tamat. Hasilnya, kerja yang tidak lengkap itu, dipulangkan semula dan perlu disudahkan sehingga cukup lapan muka surat. Di sinilah pengajaran tentang betapa pentingnya untuk menghantar kerja yang lengkap dan berkualiti. Di sini juga salah satu lagi pengajaran diperolehi. Markah yang baik dan banyak hanya boleh diperolehi dengan kerja yang lengkap.
Selain itu, kelas BBM3410 ini turut memberikan pengalaman berharga apabila tugasan yang diberikan sedikit berbeza dengan tugasan subjek lain. Jika subjek lain menuntut pelajar membuat tugasan yang berpuluh-puluh muka surat, subjek ini mengajar pelajar supaya menghabiskan masa dengan aktiviti yang melibatkan komputer dan aplikasinya. Malah, BBM3410 inilah menjadikan pelajar bijak menggunakan kamera. Misalnya tugasan untuk membuat dan menghasilkan “slide show”. Pelajar dikehendaki membuat “slide show” gambar yang berkaitan dengan peribahasa. Dalam kumpulan Apollo, ahli kumpulan belajar menggunakan kamera SLR. Jika perkara ini diambil mudah, kamera digital biasa atau kamera telefon bimbit juga tidak menjadi masalah. Memandangkan pensyarah mahukan gambar yang bermutu, dengan sudut yang berbeza tetapi kekal menarik, peluang ini digunakan sebaik mungkin.
Gambar yang diambil mempunyai tema yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Setiap kumpulan menyediakan gambar berdasarkan peribahasa. Dalam hal ini, pelajaran pertama yang diperolehi adalah membahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan. Kemudian, ahli kumpulan berbincang untuk peribahasa yang bakal digunakan. Hal ini tidak menjauhkan pelajar bahasa dari bahasa yang dipelajari dengan tetap mengaplikasikan peribahasa di dalam “slide show”. Tugasan yang diberi menuntut komitmen yang tinggi. Pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini ialah pengambaran yang dijalankan. Berpuluh-puluh gambar diambil dengan “pose” berbeza demi memperolehi gambar terbaik. Memandangkan terdapat banyak peribahasa yang digunakan, gambar yang diambil turut memerlukan watak dan pakaian yang berbeza. Jadi seluruh tenaga digunakan untuk menyudahkan tugasan ini.
Malah, untuk menyiapkan tugasan ini, pengkhususan masa selama sehari diperuntukkan. Hal ini menjadikan pelajar belajar untuk membahagikan masa dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan tersebut kerana tugasan bukan berakhir dengan sesi mengambil gambar sahaja. Proses seterusnya perlu dilakukan dengan memerlukan ketelitian iaitu membuat “slide”. Selesai menyusun gambar di dalam “slide”, proses memasukkan teks pulz dilakukan, dan yang terakhir ialah memasukkan muzik yang sesuai. Muzik yang dimasukkan diedit terlebih dahulu agar bersesuaian dengan tempoh masa yang ditetapkan. Ini sekaligus mengajar pelajar menggunakan aplikasi yang ada di dalam komputer dengan lebih sistematik. Cara membuat “slide show” yang lebih baik dan tersusun diaplikasikan dengan membuat tugasan ini.
Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari cara menyesuaikan muzik dengan masa. Kelas ini menjadikan pelajar mahir dengan pembuatan “slide show” menggunakan “microsoft power point”.
Malah, pembentangan yang dijalankan dihadapan semua rakan sekelas menimbulkan rasa ingin menjadikan diri yang terbaik. Kelas ini berjaya mewujudkan sikap daya saing yang baik dalam menghasilkan tugasan. Pengalaman menjadi seorang yang sedikit takut juga wujud ketika membentangkan “slide show” ini kerana bimbang kesilapan teknikal terjadi sehingga menyebabkan kesan bunyi hilang. Namun, perasaan lega dan gembira muncul apabila berjaya menyudahkan tugasan ini dan penonton memberikan tepukan yang menyenangkan pendengaran. Akhirnya, soal keyakinan diri wujud setelah berjaya menyudahkan pembentangan tugasan ini.
Kelas Bahasa Dalam Multimedia turut mengajar sesuatu yang baru, iaitu membuat e-majalah. Proses yang sedikit rumit, di mana proses bermula dengan pemilihan tema majalah yang bakal dikeluarkan. Draf atau lakaran awal dilakukan untuk keseluruhan muka surat. Lakaran hanya menggunakan pensil dan pensil warna. Setiap “font” hendaklah dikenakan dengan warna yang sesuai. Proses pembuatan e-majalah ini dilakukan dengan sebaik mungkin bagi memastikan majalah yang bakal dihasilkan menepati kriteria yang dikehendaki. Lakaran awal dilakukan dengan mengatur susun letak untuk menempatkan teks, tajuk, gambar, dan sedikit corak mengikut kreativiti editor. Namun semua lakaran yang dibuat tetap tidak lari daripada lima ciri asas grafik.
Pengalaman belajar membuat e-majalah ini ialah kerumitan amat dirasai apabila terdapat beberapa masalah sewaktu membuat lakaran. Antaranya ialah, sebelum meletakkan grafik atau gambarajah di atas muka surat majalah, lakaran gambar terpaksa dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, editor dituntut untuk mengusai teknik-teknik seni penulisan termasuklah seni lukisan. Melukis menjadi satu masalah baru ketika membuat e-majalah ini. Jika menggunakan komputer, kerja melukis dan menyusun atur kedudukan teks, kotak dan grafik menjadi lebih mudah, tetapi apabila semuanya dilakukan secara manual sehingga melebihi tujuh muka surat dalam masa terhad, telah menimbulkan kesukaran.
Langkah pertama yang dilakukan dalam menghasilkan e-majalah ialah membuat papan cerita terlebih dahulu setelah memilih tema yang sesuai. Kami telah memilih tema yang berkaitan dengan muzik untuk dijadikan majalah. Papan cerita yang dibuat meletakkan isu-isu yang bakal diketengahkan di dalam majalah. Kemudian isi kandungan yang akan dimuatkan di dalam e-majalah disusun mengikut keinginan. Langkah seterusnya ialah membuat draf kasar mengenai majalah tersebut. setiap perkara yang ingin diketengahkan dilakarkan. Nombor muka surat diletakkan di bahagian bawah kertas agar tersusun. Seterusnya, gambar yang sesuai mula dilukiskan mengikut cerita yang diketengahkan. Semua ini dilukis berdasarkan papan cerita yang telah dibuat pada langkah pertama. Setelah itu barulah teks dimasukkan. Setiap langkah dilakukan dengan teliti supaya lengkap dan tidak ada yang tertinggal.
Setelah proses di atas selesai, bahagian yang juga tidak kurang penting ialah meletakkan warna. Perletakkan warna yang menggunakan pensil warna turut mencabar kewibaan dan tahap kreativiti pelajar pada masa itu. Namun, apabila berada di kelas ini, kemahiran asas itu kembali digunakan. Hal ini membuktikan bahawa sesuatu perkara yang pernah dianggap remeh dan mudah suatu ketika dahulu sebenarnya tidaklah semudah yang disangkakan Perkara seperti melukis, mewarna merupakan perkara yang sudah bertahun-tahun ditinggalkan. Setelah selesai meletakkan warna, e-majalah akan disunting terlebih dahulu sebelum melalui proses pengeditan. Dalam keadaan yang serba tertekan dengan desakan masa menjadikan tugas sedikit rumit. Perkara ini mengajar tentang betapa pentingnya pengagihan dan pengurusan masa yang tepat dan cekap adalah amat diperlukan supaya kerja yang dilakukan siap tepat pada waktunya.
Selain itu, pengajaran yang diperolehi ialah sikap kerjasama antara ahli kumpulan semestinya membantu mempercepatkan sesuatu tugas yang diberi siap. Ini semua bergantung kepada kerjasama dan tolak ansur antara ahli kumpulan. Setiap idea yang dikemukakan oleh ahli kumpulan dibincangkan dan dipertimbangkan terlebih dahulu supaya idea terbaik dapat diperolehi bagi menghasilkan majalah terbaik.
Kelas Bahasa Dalam Multimedia ini turut didapati memberi pengalaman menarik apabila setiap kumpulan diberikan tugasan untuk menghasilkan papan cerita. Dari segi definisi, papan cerita ialah lakaran bertulis yang masih berada dalam bentuk perancangan. Manakala papan cerita yang lengkap adalah dilengkapi diskripsi yang teratur. Selain itu juga, papan cerita merangkumi aspek multimedia seperti teks, grafik, animasi, dan audio visual. Papan cerita juga dijadikan asas dan panduan untuk menyediakan instrumen multimedia. Dalam hal ini pengagihan terhadap hal multimedia adalah lebih bersepadu.
Selain itu sesuatu komponen yang penting dalam menghasilkan papan cerita ialah tema. Tema yang digunakan dalam menghasilkan papan cerita juga haruslah bersifat seragam dan seterusnya dapat memberikan kesan serta pengetahuan yang mendalam dan menyeluruh. Prosedur papan cerita merangkumi aspek-aspek seperti perancangan, perbincangan, perlaksanaan, mengenalpasti keperluan dan elemen multimedia. Sesuatu yang penting dan yang perlu dititikberatkan ialah penyaringan maklumat dalam sesebuah papan cerita. Proses ini perlu dilakukan agar maklumat penting yang ingin disampaikan kepada khalayak dapat disampaikan dengan jelas.
Proses membuat papan cerita juga agak rumit. Dalam proses permulaan, lakaran awal menuntut editor melukis seperti dalam membuat e-majalah. Setiap kumpulan telah diberikan tajuk berkaitan “Bencana Tsunami” yang memerlukan lakaran minimum sebanyak tiga muka surat. Papan cerita yang hanya bersifat lakaran, dibuat oleh setiap kumpulan. Lakaran ini melibatkan lukisan, teks dan warna. Penyususan cerita telah dijadikan aspek utama dalam menghasilkan sebuah papan cerita yang terbaik. Penggunaan audio juga penting supaya papan cerita menjadi lebih menarik. Hal ini kerana kesan bunyi boleh mempengaruhi minat penonton untuk mengetahui secara lebih lanjut sesebuah kisah yang dipaparkan.
Melalui kelas Bahasa Dalam Multimedia (BBM3410) ini juga, pelajar diberi pendedahan bagaimana untuk menghasilkan papan iklan. Bagi menghasilkan papan iklan yang baik, lima asas grafik perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Pemilihan warna yang sesuai akan mempengaruhi sesiapa yang memandang ke arah iklan yang digantung di tepi-tepi jalan ataupun di mana sahaja. sebelum menghasilkan papan iklan, pelajar di ajar terlebih dahulu untuk melakar draf awal tentang benda yang mahu diiklankan. Pelajar digesa untuk memilih satu produk yang berlainan mengikut kumpulan masig-masing. Jadi, pelajar dikehendaki membuat pilihan secepat mungkin supaya produk yang mahu diiklankan tidak akan sama dengan kumpulan yang lain. Ketegasan pensyarah telah menggerakkan minda kami untuk membuat keputusan dengan cepat tetapi betul dan bernas.
Produk yang menjadi pilihan kumpulan Apollo pada ketika itu ialah “jeans”. Setelah memilih produk yang sesuai, tugasan tersebut dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan supaya kerja yang dilakukan lebih cepat siap. Cara untuk memaparkan iklan tersebut juga difikirkan sebaik mungkin supaya gambar yang dihasilkan kelihatan ringan dan tidak membebankan penonton. Draf awal dilakarkan di atas kertas A4 melibatkan lima muka surat. Setiap muka surat memaparkan lukisan yang berbeza namun masih mengiklankan produk yang sama.
Lukisan pertama ialah dengan melukis sebatang pokok tanpa daun. Di atas ranting pokok tersebut terdapat seluar jeans yang digantung dan kelihatan seperti ditiup angin. Lukisan tersebut hendaklah dilukis dengan perlahan agar kelihatan “real” dan “smooth”. Halaman pertama hanya memuatkan gambar tersebut. manakala di akar pokok diletakkan jenama produk yang dihasilkan.
Halaman kedua menempatkan lukisan yang sama seperti di atas iaitu sebatang pokok yang mempunyai ranting. Di atas ranting tersebut tergantung sehelai jeans. Namun, di halaman ini sedikit tambahan dilakukan dengan menggantung jeans kedua di sebelah kanan pokok. Jeans tersebut juga kelihatan meliuk lentok seperti ditiup angin. Oleh itu, halaman kedua memaparkan dua jenis jeans yang telah dihasilkan oleh jenama Apollo.
Halaman ketiga pula, papan iklan yang hanya mempunyai dua helai jeans yang disangkut dibahagian ranting kanan dan kiri mengalami penambahan. Produk berasaskan kain jeans yang ketiga dimasukkan. Sehelai skirt jeans di gantung di tengah-tengah ranting pokok disebelah jeans kanan. Ini menunjukkan terdapat beberapa jenis jeans yang dihasilkan oleh Apollo. Penyusunan ini dilakukan satu persatu agar kelihatan ringan di mata penonton. Malah untuk menunjukkan produk jeans satu persatu dengan lebih jelas.
Seterusnya, di halaman keempat ini, lakaran yang sedia ada dihalaman ketiga mengalami penambahan dengan meletakkan satu lagi produk berasaskan jeans iaitu “jacket”. Ranting di bahagian kiri di atas jeans yang pertama digantungkan sehelai “jacket” jeans. Jika halaman pertama hanya memuatkan sehelai jeans, perubahan itu berlaku mengikut peringkat. Halaman kedua terdapat dua helai jeans, ketiga pula semakin bertambah kepada tiga helai jeans dan seterusnya sehingga halaman kelima.
Halaman terakhir merupakan halaman kelima yang memuatkan kesemua jenis jeans yang mahu diiklankan. Jeans pendek dilkuiskan menyarung bahagian akar pokok. Bahagian hadapan jeans iaitu zip dalam keadaan terbuka bagi memperlihatkan jenama seluar tersebut. kekreativitian amat penting dalam menghasilkan iklan ini. Tujuan iklan dalah untuk menarik minat pembeli. Jadi teks ringan juga diselitkan bagi memperomosikan produk dan mempengaruhi pembeli. Dalam hal ini, kami hanya memuatkan jenama barangan sahaja supaya kelihatan ringkas. Logo barangan juga hendaklah diletakkan supaya pembeli tahu untuk memilih barangan original. Pembikinan papan iklan ini hendaklah tidak lari dari aspek-aspek ketelitian, kekemasan, menarik serta seimbang.
Tiga daripada iklan yang dilakarkan telah diterima pensyarah. Namun begitu, dua helai iklan kami telah dipulangkan semula. Jadi kami memperolehi pengajaran baru mengenai kekemasan yang telah dibuat sambil lewa. Terdapat beberapa gambar yang tidak “smooth” dan kelihatan kaku. Jadi pembaikan semula dilakukan dengan memadam bahagian yang comot dan melembutkan sedikit gambar rajah supaya kelihatan “real” ditiup angin.
Malah, melalui kelas BBM3410 ini juga pelajar telah didedahkan dengan cara untuk menghasilkan sesuatu program. Kali ini, pelajar disuruh menghasilkan program bersama anak yatim selama satu hari. Program ini dilakukan dalam kumpulan. Pelajar digalakkan membuat program dengan bergabung bersama dua kumpulan. Sebelum membuat program tersebut, setip kumpulan diminta membuat kertas kerja yang mengandungi objektif, tentatif, perbelanjaan dan segala maklumat tentang program tersebut. Kemudiannya pelajar terpaksa menunggu pensyarah meluluskan kertas kerja tersebut sebelum program dapat dijalankan.
Program ini telah memberi banyak pengajaran dalam mengejar erti hidup. Sebelum program dijalankan setiap ahli kumpulan telah mengutip derma untuk anak-anak yatim. Rumah anak-anak yatim yang telah dipilih merupakan sebuah madrasah yang menempatkan anak-anak pelarian Rohingya yang telah kehilangan ibu dan bapa. Mereka merupakan pelarian Myanmar.
Jadi, halangan yang wujud ialah apabila terdapat segelintir manusia yang tidak tahu erti kesusahan dalam kehidupan dengan mempertikaikan mengapakah kami membela anak Myanmar sedangkan masih banyak anak yatim Malaysia yang perlukan bantuan. Namun bukan bangsa menjadi isunya, tetapi sikap belas kasihan sesama agama. Terdapat segelintir manusia yang menuding dan menolak sesama sendiri bila derma dipohon. Disinilah kami mengenal manusia, rambut sama hitam, hati lain-lain. Bukan pakaian pengukur ketulusan dan kebaikan hati manusia sebenarnya. Ataupun pakaian menutup segala keaiban??.
Pengalaman sebegitu kami jadikan teladan. Anak-anak yatim yang umur sekitar 4 hingga 18 tahun ini memerlukan bantuan. Sedangkan bangsa cina sanggup mengajar mereka tanpa bayaran hanya untuk membantu mereka inikan pula kita yang seagama. Segala persiapan dilakukan sebelum hari tersebut tiba. Biarpun sedikit berdebar dengan hari tersebut kami tetap gagahkan hati. Kami mahukan yang terbaik untuk mereka.
Hati terlalu sedih melihat anak-anak ini. Sewaktu baru sahaja melangkah dan bersalaman dengan anak-anak ini, air mata semakin deras mengalir. Mereka terlalu muda untuk dugaan seperti ini. Terpancar kegembiraan di mata mereka melihat kami datang. Namun sedikit pelik apabila mereka melihat air mata kami yang bercucuran.
Kami jalankan aktiviti mengikut kumpulan. Mereka sangat suka belajar dan cukup bersemangat. Hal ini menimbulkan kesedaran di hati kami. Mereka tidak mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan formal biarpun mereka mahu. Sedangkan anak-anak di Malaysia ini sendiri segelintirnya telah hilang kesedaran tentang kepentingan pendidikan. Kesemua pengalaman yang diperolehi dimuatkan ke bentuk movie menggunakan “movie maker” dan dikongsi bersama rakan sekelas.
Melalui kelas Bahasa Dalam Multimedia ini juga, pelajar telah didedahkan dengan cara menghasilkan kalendar. Setiap kalendar yang dihasilkan menuntut kekreativitian masing-masing. Tugasan ini merupakan tugasan yang dilakukandi dalam kelas tutorial. Pelajar telah diberikan masa selama tiga minggu untuk menghasilkan calendar dengan kreativiti tersendiri. Aplikasi dalam computer digunakan sebaik mungkin. Bagi menghasilkan calendar, tutor telah memperkenalkan pelajar dengan “Adobe Photoshop” yang mengajar pelajar menghasilkan calendar dengan mudah dan cantik. Gambar yang dipilh untuk melatari calendar turut boleh diedit menggunakan “software” ini. Kelandar yang dihasilkan tidak mengkhususkan sebarang tema daripada tutor. Pelajar boleh menghasilkan sebarang tema yang dipilh sendiri. Gambar yang melatari kalendar hendaklah melalui proses pengeditan terlebih dahulu supaya kelihatan lebih menarik. Dalam hal ini, segala bentuk pelajaran yang pernah diajar di dalam kelas diaplikasikan melalui pembuatan kalendar ini.
Gambar perlu mengalami proses pengeditan bertujuan untuk membiasakan pelajar menggunakan “Adobe Photoshop” yang mengandungi pelbagai cara bagi menubahsuai gambar. Contohnya, melalui software ini, pelajar boleh mengubah warna gambar, memotong bahagian gambar yang tidak dikehendaki dan memasukkan elemen lain supaya gambar kelihatan cantik. Gambar juga boleh dijadikan hitam putih sahaja untuk kelihatan lama. Ini merupakan satu kekreativitian yang digalakkan oleh tutor dalam menghasilkan calendar.
Setelah membuat “background” dengan meletakkan gambar yang telah diedit, proses memasukkan tarikh dan hari pada tahun 2009 dimulakan. Setiap bulan dihasilkan dengan warna dan corak yang berbeda. Bermula dari bulan Januari sehingga Disember kesemuanya mempunyai daya tarikan yang berbeza. “Font” yang digunakan untuk nombor dan bulan juga berbeza-beza. Memang cantik dan kemas menggunakan “font” yang sama dan sekata, tapi pilihan ini berdasarkan kekreativitian pelajar disamping pengawasan tutor.
Selain itu, dalam menghasilkan kalendar ini juga, pelajar perlu bijak meletakkan sedikit teks ataupun apa sahaja termasuklah karya masing-masing. Terdapat juga pelajar yang memasukkan unsur-unsur nasihat sebagai penarik dalam kalendar yang dibuat oleh mereka. Setelah selesai membuat kalendar, pelajar perlu menerima kata putus daripada tutor sama ada calendar yang dibuat memuaskan hati ataupun terlalu biasa. kalendar yang sudah siap dan dipersetujui oleh tutor akan diubah kepada format JPEG sebelum menjalani proses terahkhir iaitu “printing”.
Namun, terdapat pengalaman buruk apabila proses “printing” terpaksa dilakukan semula kerana terdapat beberapa helaian kalendar yang imejnya pecah dan tidak menarik. Ada juga sedikit kesan lipatan pada permukaan kalendar menunjukkan kerja yang kurang baik. Kelendar yang sudah siap akan dihantar untuk pemberian markah. Sepanjang menyiapkan kalendar ini, terdapat beberapa masalah seperti warna “font” yang menjadi kelam setelam gambar diedit dan sebgainya. Hal inilah yang mencabar kesabaran. Di sebalik semua halangan tersebut,terdapat kepuasan yang menyelaputi diri setelah kalendar itu berjaya dihasilkan dan dihantar kepada pensyarah.
Pengajaran yang menarik bukan sahaja terhenti di situ. Pelajar turut didedahkan dengan pengalaman baru iaitu membuat laman web sendiri. Proses membuat laman web ini mengambil masa selama dua minggu. Pelajar diajar langkah asas dalam membuat laman web dan menjalinkan setiap laman. Setiap pelajar disuruh menghasilkan laman web tentang diri sendiri, keluarga dan karya yang mahu dipaparkan.
Laman utama dibuat untuk menyenaraikan jalinan tentang isi kandungan yang ada dalam web tersebut. terdapat lebih kurang lapan halaman berbeza dengan isu berbeza. Contohnya seperti biodata diri atau pemilik laman web, latar belakang, keluarga, sahabat, gambar, dan juga karya yang diselitkan untuk melengkapkan laman web. Biarpun laman web ini hanya tidak diaktifkan di internet iaitu bersifat “offline” namun jalinan (hyperlink) setiap halaman dititikberatkan. Bermula dengan bahagian utama (front page) akan dihubungkan dengan halaman yang lain menggunakan “hyperlink”. Proses ini tidak terlalu sukar kerana asasnya adalah seperti biasa iaitu memasukkan “background”, teks, dan gambar yang sering dilakukan dalam tugasan yang lain.
Setelah menyiapkan laman web, pelajar mula didedahkan dengan penghasilan blog sendiri. Blog ini hanya perlu didaftarkan di “bloggerspot” terlebih dahulu sebelum dapat dipaparkan di internet. Terdapat lebih sembilan post yang ada di dalam blog ini untuk bacaan umum. Blog secara asasnya juga memerlukan “background” seperti web supaya kelihatan cantik. Di dalam blog inilah semua “server” boleh berkomunikasi dengan membaca dan memberi komen terhadap post yang ada.
Blog yang dihasilkan adalah berkaitan dengan tokoh yang dikagumi. Misalnya, blog yang dihasilkan secara individu ini, menceritakan mengenai Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin yang amat berjaya di dalam kerjayanya sebagai pensyarah dan penghasil karya seni seperti sajak, novel, dan cerpen. Jadi, untuk mendapat maklumat tentang beliau, pelajar hendaklah menemuramah beliau terlebih dahulu. In memberikan pengalaman baru dalam menemubual seorang tokoh yang berjaya dalam kehidupannya.
Kesimpulannya, kelas ini banyak mengajar bukan sahaja ilmu tentang multimedia, tetapi menyuburkan perasaan tentang kesedaran hidup. Membuahkan perasaan kasihan kepada orang lain. Menimbulkan sikap bertolak ansur sesama manusia demi kebaikan. Malah menyuburkan sikap tanggungjawab dan disiplin diri dalam menguruskan masa serta kerja yang diberi sebagai amanah. Dalam pada itu, kelas ini turut menyiapkan diri pelajar tentang cara bekerja walaupun dalam tekanan.

Monday, April 6, 2009

Sebuah Penipuan?


k a t a - k a t a
p i n t a r


Ini cerita zaman dulu kala...tapi aku dah 'upgrade' untuk zaman kita!!!hee...MALAH aku dah tukar ke pelbagai bahasa...zzzzzz....zzz....kroh..kroh..(orang tidur pun boleh baca!!)

PAK CIK MAGIK BERWAWASAN TINGGI! VS TAHAP INTELEKTUAL RENDAH!!!...(tajuk)..

Tempat bermula kisah ini hanya beberapa kilometer dari pekan Raub, Pahang Darul Makmur. Tempat yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Dalam lagu Dato' Siti Nurhaliza tempat ni dikatakan subur!!(Joget Pahang). Masyarakatnya dari pelbagai golongan dan bangsa. Bermacam-macam kerja mereka lakukan demi mengisi perut keluarga..Malah mereka semua ringan tulang. Tiada cerita tipu atau rekaan yang mengatakan masyarakat kampung Ulu Dendeng ini yang kebulur.

Satu cerita bermula di warung Pak Kandar. Ramai orang kampung datang berkumpul. Ada yang bawa cangkul,tajak. sabit...(ditinggalkan kebun berkumpul di warung)# mujur budak sekolah tak lari tinggalkan kelas!. Pelbagai jantina ada...
Mak cik tinggalkan dapur!!anak dara berlari ke warung, kain di sungai hihanyutkan air!!. Warung Pak Kantar riuh rendah bagaikan pesta. Orang kampung sebelah terlanggar pokok! basikal bengkok dek kerana menoleh ke warung!!

Seorang budak bernama Jeman menyusup dibalik kangkang Pak Seman.Lepas!! Jeman berumur 5 tahun. Baru pulang dari sekolah tadika ( Sekolah Tadika Janggut Ria, Ulu Dendeng, Raub, Pahang Darul Makmur). Jeman terbongkok-terbongkok menuju ke meja paling hadapan bersebelahan kaunter warung Pak Kandar.Berjaya! Jeman berada di bahagian paling hadapan berbanding yang lain.
Namun tiada seorang pun yang mempedulikannya!

" Wow!!...Pak Cik Magik!!" Jiman menongkat dahu di bucu meja.
( lelaki separuh umur, berjanggut nipis, tidak berambut,pakaian serba hitam )
" hiss...boleh percaya ke ni??, banyak oooo...." Bisikan orang kampung1.
" aku dah separuh percaya ni!!" orang kampung2.
"aku dah 90% percaya ni!" orang kampung3.
Jiman menoleh kebelakang...terkejut dibuatnya!!ada cangkul belakang badan Jiman!! Toleh kanan!! terbeliak mata Jiman...Ada tajak! toleh kiri, terliur Jiman...ada sabit...
" rusuhan kaum?"...(tahap pemerolehan bahasa pertama Jiman mantap).

Suara orang kampung berdengung macam lebah....ngong...ngong....Bahang makin terasa. Pak Cik Magik menyusun alat di atas meja. Satu-satu alat dikeluarkan dari beg yang diperbuat dari daun mengkuang berwarna biru. Jiman lihat ada mangkuk penuh benda macam arang.Keluar asap lagi. Jiman lihat dengan penih minat. tiba-tiba hidung Jiman terasa macam sendat-sendat. Lantas dia menutup hidung dengan sapu tangan 'good morning' berwarna putih. Asap dari mangkuk semakin tebal. Berkepul-kepul naik ke udara.
"Hebat!!...Pak Cik Magik Asap!!"
(Jiman tak tahu itu kemenyan yang dibakar)

suasana makin senyap. Semua orang menumpukan sepenuh perhatian kepada Pak Cik Magik.
" Parappa papa...marang kerapu kepunteng parang sekeper..."
Jiman ketawa terkekeh-kekeh...itu lagu dalam cerita P.Ramlee,"Ali Baba dan 40 orang penyamun."
(Jiman tak tahu itu jampi serapah.)



Orang kampung nampak marah. Semua mencari datangnya suara ketawa yang seakan mengejek Pak Cik Magik mereka. Jiman tunduk kepala dan masuk ke bawah meja. Selamat.Telinganya yang agak capang ditekup ke meja.

"shhhhhh....."
" Saya datang mahu membantu,biar kamu semua senang, tak payahlah nak memikul cangkul, tajak, nak bawa sabit ke hulu ke hilir"
" ehem..ehem.." Jiman terbatuk. Tekaknya terasa gatal. Macam digaru kaki lipas.
" pap..pap..." terdengar tepukan gemuruh.
Jiman rasa mahu keluar melihat apa yang berlaku. Kalau tengok konsert, orang tepuk bila lihat penyanyi datang. Entah-entah Pak Cik Magik dah tukarkan mangkuk asap jadi Siti Norhalijah (penyanyi lagu :Anak Itik Tok Wi Sekolah Tadika Janggut Ria, Ulu Dendeng, Raub, Pahang Darul Makmur). Orangnya kecil molek,berkulit cerah,rambut sampai ke bahu, ada rambut depan menutup dahi hingga ke alis mata..cun..
Jiman tersenyum sendiri...


" semua duit ini bukan saya ambil,cuma disimpan ditempat selamat"
"Boleh dikeluarkan??"
"Boleh!..apa sahaja masalah boleh hubungi pembantu saya."
" kalau begitu kami setuju"
"yaa..."



" Cari seorang wakil untuk kumpulkan semuanya. Biar kerja ini jadi mudah, saya pun boleh cepat blah..."
" Bagus cadangan tu "
" Biasalah pekerja bank memang kena cekap"
Jiman menjenguk keluar dari hujung meja. Dia yang berada di bawah meja mendongak ke atas. Kelihatan janggut Pak Cik Magik yang beberapa helainya sudah putih.Jiman cepat-cepat menyembunyikan diri apabila dia merasakan pengendapannya itu seperti mahu terkantoi.(kan dah kata Jiman mempunyai tahap penguasaan bahasa yang mantap).
#############################################################
R.E.H.A.T
makan tengah hari...
#############################################################

" Duit ini selamat di bawah jagaan saya. Malah saudara sekalian akan mendapat faedah melalui penyimpanan ini."
Orang kampung riang ria bersorak...menyatakan kekaguman mereka dengan cara penyimpanan duit yang semakin moden.Mereka tak perlu takut kepada kerugian. Malah selamat daripada kecurian!!...buahahahahahaha,,,,orang kampung tersenyum girang!!

" Gedebuk!"
( bunyi duit diletakkan di atas meja, bunyi melambangkan duit tersebut berat kerana terlalu banyak)

Jiman mengintai dari bawah meja. Kelihatan Pak Cik Magik asap dah bertukar jadi Pak Cik Magik Duit!! tadi Jiman dengar Pak Cik tu dapat tukar duit jadi bunga!! duit lagi bagus dari bunga..tapi kenapa mereka nak bunga..hahaha..BODOH..Jiman ketawa besar.


" Terima kasih di atas kerjasama anda..duit ini selamat dengan saya. ** Anda boleh keluarkan bila-bila masa."


Jiman lihat Pak Cik Magik masukkan duit ke dalam beg A.D.I.O.S. Entah berapah jumlahnya. Jiman tengok berkepok-kepok.
" Kalaulah itu duit bapak aku,kayalah aku jadinya..sebab aku anak lelaki..pewaris terhebat"
Jiman berangan.
" Kesian anak lelaki Pak Cik Dollah, Pak Cik Samad, Mak Endon. Pak Pandir,Mak Andeh dan bla...bla.."
" Duit dah ditukar dek mak bapak dorang jadi BUNGA!!"

" TERIMA KASIH SEMUA,***SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI"

** dEnGaN sYaRaT kOrAnG sEmUa DaPaT cArI AKU!!
*** SYARAT SAMA SEPERTI DIATAS

K.A.T.A-K.A.T.A P.I.N.T.A.R M.I.N.G.G.U I.N.I

Jangan Jadi Bodoh Sangat!!Skim Cepat Kaya Dah Lama Ada..Tapi Tak Pernah Ada Satu Orang Pun Yang Tak Kena Tipu.

.
"tindakan paling bodoh adalah mengulangi kesilapan yang sama, tanpa sebarang usaha tetapi mengharapkan hasil yang berbeza."

Tuesday, March 31, 2009

satu benda yang aku paling suka..suka..suka..



semua org mahukan yg baru...cantik bergaya..honda city baru...fuhh...syruppp..tp apakan daya ku tak mampu lagi...bg sikit masa...hee...


benda ni da lama gile...


VESPA
•Syarikat PIAGGIO
•89 jenis
•Dibuat dari besi
•Di buat di Itali
•Tahun 1946
Macam2 jenis ada...memanglah dah lama,tapi bagi aku sangat unik...lama sampai sekarang masih ada...mana nak cari...tapi sayang benda2 macam ni tak ramai hargai...ada yang ckp besi buruklah...


tapi...aku cukup minat...aku ada satu...bapa belikan..aku yang nak sgt...tengok kwn2 bawa...ngan gak...aku penah kena tahan polis...sekali buka helmet..polis terkejut...perempuan rupanya..aku jwblah dah minat...hee...


polis ckp vespa byk tak ada road tax, nasib baek vespa aku ada...


bukan nak ckp apalah...vespa dah lama...kadang2 beli pun kat ceruk kampung mane..tersadai bwh rumah....buat balik bagi cantek..tapi tak boleh barukan pulak...kadang2 owner pun dh meninggalkan dunia....tulah yang tak dapat barukan road tax...


mcm mana nak bawa...JPJ tolong...tolong...nak bawa vespa jalan2...
Enjin 50-200cc

Aku...mestilah aku...dan tetap aku....


....Semua cerita kita,heee
Aku taklah memilih, berkawan memang keperluan setiap insan...manusia tak bolehlah nak hidup tanpa temankan???
aku cuma nak ingatkan...kawan ramai,masa senaang...tapi nak tengok tetap ramai gak...time susah??hampeh...
kita kawan kena jujur, mana boleh tikam belakang...mesti member bengang...aku harap aku tak jadi macam tue...
aku sayang kawan...tak ada kawan aku bosan.

hmmmppp...

aku nak sgt ramai kwn...ketawa...gembira...bahagia...

percaya tak???aku tak hairan tak ada boyfriend!!!janji aku ada kwn...tapi aku harap boyfriend hairan tak ada aku....
cuma ingat semua..(TEKNIK IMBAS KEMBALI)...

semua benda kita buat sama2...tak peduli pun apa org nak ckp pasal kita...kita mkn sepinggan pun tak hairan...org tak ckp apa2...kita ketawa mrk lihat jer..."ini mesti sahabat sejati"
ingat tak siapkan kerja sekolah sama2...aku tak tahu...kau bg tiru..kau tak tahu aku bagi salin aku punyer...no hal lah...belajar sama2...kejar markah...semua nak markah tinggi...
dapat result kita semua terbang tinggi...

aku berikan yang terbaik utk kita semua rasa...tak mengapalah aku tak tidur mlm...supaya esok kita tersenyum girang...
aku cuba terbaik...agar kita berkongsi kegembiraan....
hmmmm...cima nasib penentuan...
aku anggap ujian persahabatan...
kita ketawa dgn harapan tiada duka...

semua cerita lama...persahabatan bertahun,hilang mcm itu jer??sebab perkara yg boleh bincang depan mata...bersemuka...tapi kau pilih menikam belakang kwn,,,kini yang tinggal cuma lawan??
bagi kau...tapi aku cuma ada KAWAN....


pesanan buat kwn2 di dunia ini..."biar apapun terjadi, kawan bukan lawan"




M
issBioxerra....